Monday, January 23, 2012

~*•.LELAKI DAN KEPOMPONG KUPU-KUPU.•*~


Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.


Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.


Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.


Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.


Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan. Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.



Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..



Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.



Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.



Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang
bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.



Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.


Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…Adakahah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidakmendapatkan segala yang saya inginkan ?
Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.


Friday, December 16, 2011

"Bukan senang untuk mencari sebuah persahabatan yang bermakna"




Bila kamu BERCINTA...
pastikan ianya tulus dari HATI, bukannya dari rasa SIMPATI.
pastikan ianya cinta dari ILLAHI, bukannya dari IBLIS dan JINNI.
pastikan ianya KEKAL ABADI, bukannya PERMAINAN HATI.
pastikan kamu HARGAI, bukannya bila SUNYI baru mencari.

Namun usah membawanya ke aliran yang LEBIH HINA kerana CINTA SELEPAS NIKAH itu adalah LEBIH MULIA.


"Seharusnya lelaki tidak perlu meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya...Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya...Yang harus cerewet adalah wanita...Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya...Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik...Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya"...InsyaAllah...

Monday, December 12, 2011

Awak baik..sy doakan awk dapat jodoh yg baik2..

~✿..Ya Allah, aku akan BERHENTI mengeluh dan aku sudah berhenti mengejar sesuatu yang TIDAK PASTI..aku PASRAHKAN segala urusan ini kepadaMu, sekalipun aku sudah menguburnya dalam-dalam, namun HARAPAN itu masih menyala dalam hamparan rasaku tetapi dayaku telah habis untuk BERTAHAN pada situasi ini..biarlah harapan itu hanya Engkau saja yang menyelesaikannya..aku masih menginginkannya tapi aku hanya MENANTI sesuatu yang PASTI dan terbaik dariMu..

Dengannya atau tanpanya asalkan ada Engkau pasti aku BAHAGIA dan aku akan tetap bertahan dengan keyakinanku..ya Allah, aku akan disini dalam sujud dan cinta yang penuh untukMu..aku tahu, semua ini terjadi kerana ketetapanMu dan aku ihklas..sakit dan lelahku adalah HARGA yang tidak seberapa dibandingkan KELALAIANKU dalam sujud padaMu..✿~

"Boleh jd kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jd kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu... Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" 
(surah al-Baqarah,216)

Wednesday, December 7, 2011

InsyaAllah ada rezeki nanti ;)


Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang belum pasti milikmu


"Ya Allah, bila dia bukan untukku, bila dia bukan jodohku, maka berilah ganti yang lebih baik buatnya dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Bantulah aku menjalani hari, bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan, agar dapat ku pujuk hati ini "



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)


Sunday, September 18, 2011

Len kali menguap jgn la luas2 sgt bukak..lau x mgkin mulut xley tutup cmni..kan susah!!

Ha ini ade cite best aku jmpe time ronda2 td..klakar ade..kesian pun ade..Seorang 
remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup 
mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas..


Menguap xcover..cam beruang hehe2..

Panggil membe sebelah mntak tolong

Lau aku pun cuak mmbe kene cmni..msti panik punye..g spital la senang kan..

Jmpe la dokto mntak bantuan..teror dokto ni..pkar rahang agaknye hehe2

Keadaan di mana mulut tidak boleh ditutup

Batang kayu mirip batang aiskrim dilapiskan untuk diletakkan dlm mulut

 memasukkan batang kayu itu yang diikat dgn pelekat  
bertujuan untuk menjadikan rahang menjadi letih

Agak2 da lame skit  doktor tu tarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia 
memegang kedua-dua pipi  dan menutup mulut pompuan ni

Ha kan boleh tutup tu..comel pun hehe2..

Ni video penuh die..tgk la..mgkin jd pengajaran tuk kite hehe2

Nasihat : Agak nak menguap tu cover2 la skit..kang setan masuk..yg gemuk2 masuk tu yg xley tutup :P

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia ke-48 dan Selamat Hari Kemerdekaan ke-54

1MALAYSIA, 
TRANSFORMASI BERJAYA, 
RAKYAT SEJAHTERA"
"SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963"

TARIKH 16 September 1963 sememangnya memberi perubahan kepada negara khususnya dalam penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah penduduknya yang menjangkau 10 juta orang. Itulah Hari Malaysia.

Menyusur semula pembentukan Malaysia yang direalisasikan oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya telah disuarakan pada bulan Mei 1961 lagi melalui satu ucapannya dalam Persatuan Wartawan Asing Asia-Tenggara di Singapura.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dalam satu kesatuan atau satu negara yang disebut sebagai Malaysia. Kata Tunku dalam ucapannya, “Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.”

Selepas cadangan tersebut disuarakan oleh Tunku, pelbagai pihak mula menyuarakan pendapat mereka hinggakan penubuhan Malaysia tersebut menjadi topik perbincangan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Ramai pihak yang menyokong cadangan tersebut khususnya pemimpin-pemimpin rakyat dalam negeri-negeri Singapura, Sarawak dan Sabah yang menganggap cadangan tersebut akan dapat membantu mereka membebaskan diri dari kuasa penjajah Inggeris.

Lanjutan dari cadangan penubuhan gagasan Malaysia ini, Tunku Abdul Rahman telah mengambil tindakan dengan mengadakan rundingan bersama Perdana Menteri British di London. Hasilnya, sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi memastikan rancangan tersebut berjaya dan mendapat persetujuan semua pihak. Suruhanjaya tersebut telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan diwakili oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu dan Kerajaan British.

Tujuan utama suruhanjaya tersebut dibentuk adalah untuk menyiasat pendapat dan persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan gagasan Malaysia ini. Usaha untuk menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah satu gagasan mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya dari para penduduk di Sabah dan Sarawak sendiri.

Menurut Penyata Tahunan Perhimpunan Agung UMNO 1963/64, pada 23 Ogos 1961, persetujuan telah dicapai di antara kerajaan Singapura dan Tanah Melayu yang meletakkan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dalam lapangan pelajaran dan buruh sahaja dengan persetujuan sebuah jawatankuasa antara Kerajaan Singapura dan Tanah Melayu.

Namun begitu, usaha murni untuk menuju kepada penubuhan sebuah negara baru Malaysia terhalang apabila berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh Sheikh Azhari di Brunei pada 8 Disember 1962. Ini diikuti dengan pengisytiharan konfrantasi Indonesia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno sebagai tentangan terhadap gagasan Malaysia.

Manakala di Manila pula, terdapat tuntutan ke atas Sabah dikembalikan kepada Filipina atas alasan ia adalah milik keturunan Sultan Solo yang telah membuat perjanjian dengan Kerajaan British pada tahun 1878. Perselisihan pendapat dan pertikaian ini telah berlarutan dan semakin meruncing hingga memecahbelahkan keamanan yang ada di Asia Tenggara.

Konfrantasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera. Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia di bawah Presiden slogan “Ganyang Malaysia”. Misalnya dapat dilihat dalam pertempuran di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno di satu Pos Sementara tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah.

Serangan yang berlaku pada waktu maghrib ini telah mengorbankan seramai tujuh orang dan mencederakan 16 orang yang lain. Begitu juga dengan serangan yang berlangsung di Pontian, Labis, Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Tentangan ke atas penubuhan Malaysia mengakibatkan pertempuran yang hebat antara tentera kedua-dua negara. Bagi menyelesaikan masalah berikut dan memulihkan keamanan di rantau Asia Tenggara, maka suatu persidangan kemuncak telah diadakan antara ketua-ketua tiga negara yang terlibat dalam pertikaian iaitu Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina.

Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun mendapat tentangan dalam bentuk ketenteraan dari negara lain. Dalam persidangan kemuncak di Manila yang berlangsung pada akhir bulan Julai 1963, tolak ansur telah berlaku antara negara-negara terbabit dan tarikh pengisytiharan negara baru Malaysia akan diumumkan selepas Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu berpuas hati dengan kehendak rakyat dari wilayah Sabah dan Sarawak. Dalam pada itu, Brunei tidak turut sama dalam pembentukan Malaysia kerana gagal mencapai persetujuan mengenai negerinya.

Walaupun pembentukan Malaysia telah mendapat persetujuan PBB, tetapi Indonesia seakan berusaha untuk menggagalkan rancangan tersebut malah sengaja melewatkan ketibaan wakilnya sebagai pemerhati kerja-kerja rombongan PBB ke Sabah dan Sarawak. Akhirnya PBB telah bersetuju mengeluarkan laporannya mengakui 80 peratus dari rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman.

Tentangan dari Indonesia tidak habis di situ sahaja sebaliknya melancarkan kembali konfrontasinya dengan menarik kembali Duta Besarnya di Malaysia serta mengugut nyawa rakyat Malaysia yang ada di Indonesia. Filipina turut bertindak keras apabila cuba menurunkan taraf kedutaannya di Malaysia menjadi konsul sahaja. Akibat tindakan tersebut, maka Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan diplomatic dengan Indonesia dan Filipina dua hari selepas kelahiran negara Malaysia dilancarkan.

Konfrantasi ini berlanjutan hingga perjanjian damai dimeterai pada Ogos 1966. Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman.


Pengisytiharan Malaysia dilakukan di Stadium Merdeka di hadapan DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia.



"TAHNIAH MALAYSIA"



Thursday, August 25, 2011

Jika malam Ramadhan berakhir, seluruh makhluk-makhluk besar, di segenap langit, dan bumi, beserta malaikat ikut menangis

Dari Jabir r.a. bahwa Rasulullah SAW. bersabda, “Jika malam Ramadhan berakhir, seluruh makhluk-makhluk besar, di segenap langit, dan bumi, beserta malaikat ikut menangis. Mereka bersedih karena bencana yang menimpa umat Muhammad SAW. Para sahabat bertanya, bencana apakah ya Rasul? Jawab Nabi. Pemergian bulan Ramadhan. Sebab di dalam bulan Ramadhan segala doa terkabulkan. Semua sedekah diterima. Dan amalan-amalan baik dilipatgandakan pahalanya, penyiksaan sementara di hapus.”

kalau Nabi Muhammad SAW saja bersedih hati ketika Ramadhan berakhir, lalu kenapa kita malah bersuka-ria ?

Ya Allah....Kami mohon ampun kepadaMu, dan berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus  melawan kedzaliman dan hawa nafsu kami dibulan lainnya.

Allaahummaa innii a'uudzu bika min qalbin laa yakhsya', wa min 'ilmin laa yanfa', wa min 'ainin laa tadma', wa min du'aa'in laa yusma', wa min dzaalikal arba'
Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari hati yang tidak khusyu', ilmu yang tidak bermanfa'at, mata yang tidak  menitiskan air mata/menangis, doa yang tidak dikabulkan, sungguh kami berlindung dari ke empat hal itu

Allahumma inni as’alukal huda wattuqa wal afafa wal ghina
Ya Allah, aku memohon petunjuk, ketakwaan, penjagaan diri dan kecukupan kepada-Mu
[HR. Muslim 2721, Tirmidzi 3489]

Allahumma alhimni rusydi waqini syarra nafsi
Ya Allah, anugerahkanlah kebenaran kepadaku dan lindungilah aku dari kejahatan hawa nafsuku [HR. Tirmidzi 3483, al-Misykat 2476]

Ya Muqallibal qulub tsabbit qalbi ala dinika
Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu
[HR. Ahmad 11697, Ibnu Majah 3834, Tirmidzi 2140]

Rabbanaa fagh fir lanaa dzunuubanaa wa kaffir 'annaa say-yi-aatinaa wa tawaffanaa ma'al abraar
Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari pada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang yang baik-baik

Rabbanaa wa aatinaa maa wa'attanaa 'alaa rusulika wa laa tukhzinaa yaumal qiyaamati innaka laa tukhliful mii'aad
Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-Rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat.Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.


Wednesday, August 24, 2011

Agak2 ley x korg turun tangga cmni??silap2 patah riuk haha2..


SKIL, KESUNGGUHAN DAN KEYAKINAN ITU PENTING HEHE2



Mmg smart la kan..lau jadi ok la..lau xjd mmg telingkup..muke pecah..dpt2 nak raye ni kan hehe2..kang ranap sebelah muke..Kredit to Kutip mana2

TARIKH DAN LOKASI MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 29 OGOS 2011


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di :

  • Pontian Kecil, Johor
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka
  • Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor
  • Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  • Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
  • Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu
  • Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan
  • Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang
  • Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru;
  • Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya
  • Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak
  • Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah

Sumber dari Bulan Purnama

Tuesday, August 23, 2011

Daripada Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW melakukan I’tikaf sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian I’tikaf pula isteri-isteri baginda sesudahnya. (Muttafaq ‘Alaih)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ العَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ . ( مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ


Daripada Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW melakukan I’tikaf sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian I’tikaf pula isteri-isteri baginda sesudahnya. 
(Muttafaq ‘Alaih)

Pengajaran Ayat :

1. Berdasarkan hadis sahih diatas Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan dan kemudian ibadah tersebut diteruskan oleh isteri-isterinya setelah baginda SAW wafat. Tidak dinafikan bahawa I’tikaf selama sepuluh akhir Ramadahan adalah cara I’tikaf sangat sempurna, sebab demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW namun demikian, itu tidak bermakna kita selaku umatnya tidak boleh melakukan sekedar apa yang kita termampu. Malahan ibadat I’tikaf juga boleh dilakukan di luar bulan Ramadhan sebagaimana baginda SAW juga pernah I’tikaf dalam bulan Syawwal. Sungguh banyak ayat yang menyatakan bahawa kita disuruh bertaqwa kepada Allah sesuai dengan kemampuan ( Al-Taghabun : 16) ; Allah SWT tidak memberatkan manusia kecuali apa yang mereka termampu ( Al-Baqara : 286 ). Rasulullah SAW bersabda : Terhadap apa yang aku suruh maka lakukanlah seberapa yang kamu termampu ( Muttafaq ‘Alaih ) ; Kaedah Ilmu Ushul : Apa yang kamu tidak mampu lakukan seluruhnya, maka janganlah kamu tinggalkan seluruhnya. Kesimpulannya : Kita boleh melakukan I’tikaf sesuai dengan kemampuan kita.

2. Tempat I’tikaf adalah masjid atau paling kurang musalla atau surau yang diadakan solat berjamaah lima kali sehari semalam. Tidak sah I’tikaf dalam rumah walaupun dinamakan den
gan ( مَسْجِدُ البَيْتِ ) : masjid rumah iaitu ruang khas yang digunakan oleh keluarga solat berjamaah, sebab itu tidak memenuhi maksud masjid. Tidak dinafikan bahawa I’tikaf dalam tiga masjid utama : Masjid Al-Haram, Masjid Nabawiy dan Masjid Al-Aqsa adalah lebih afdhal, namun itu tidak bermakna tidak sah I’tikaf dalam selain tiga masjid tersebut. Syeikh Abdul Azizi Bin Bazz RH berpendapat : Hadis tersebut hanya menyatakan afdhaliyah (kelebihan). Maksud I’tikaf : Menekuni masjid dengan tujuan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Orang yang sedang beri’tikaf hendaklah sentiasa berada di dalam masjid selama dia beri’tikaf dan tidak keluar kecuali jika ada keperluan seperti makan, minum, buang air, berwudhuk dan lain-lain. Selama I’tikaf hendaklah diisi dengan ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir. Sebahagian ulama berpendapat juga boleh diisi dengan membaca buku-buku agama, mendengar tazkirah dan segala jenis kegiatan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

3. Hukum I’tikaf adalah sunat. Ia tidak wajib kecuali jika dinazarkan. Mulailah I’tikaf dengan niat ketika memasuki masjid. Rukun I’tikaf ada dua : 1. Niat ; 2. Berada di dalam masjid ; Sedangkan syarat sah I’tikaf pula ialah : muslim, berakal, mumayyiz (tujuh tahun ke atas), bersih dari haidh, nifas dan junub. Bagi wanita yang ada suami mestilah mendapat keizinan dari suaminya, sedangkan gadis mestilah mendapat keizinan dari walinya dan kehadiran mereka di masjid tidak menimbulkan fitnah. Dan hindarkanlah segala perkara yang boleh membatalkan ibadat I’tikaf seperti : 1. Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab yang dibenarkan kerana perbuatan itu bercanggah dengan makna I’tikaf, sedangkan menetap dalam masjid adalah rukun I’tikaf sebagaimana firman Allah : Sedangkan kamu beri’tikaf dalam masjid ( Al-Baqarah : 187 ) ; 2. Murtad, sebab ia bercanggah dengan makna ibadat ; 3. Gila, mabuk, haidh, nifas sebab semua perkara ini bercanggah dengan syarat sah I’tikaf ; 4. Jima’, kerana Allah SWT melarang berbuat demikian : Janganlah kamu campuri mereka, sedanglan kamu beri’tikaf dalam masjid. ( Al-Baqarah : 187 )

4. Amalan yang sangat digalakkan ketika I’tikaf antaranya : Memperbanyak solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dengan tahmid, tasbih, takbir, istighfar, selawat kepada Nabi SAW serta berdoa. Termasuk juga digalakkan dalam I’tikaf membaca buku-buku Tafsir Al-Quran, Hadis-hadis Nabi SAW dan kisah-kisah para sahabat Nabi dan para solihin dan buku-buku agama lainnya seperti ilmu Fiqh dan lain-lain. Sedangkan amalan-amalan yang dibenci ketika I’tikaf, antaranya : Menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berguna sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan, sebab Rasulullah SAW bersabda : Diantara tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berguna ( HR Tarmidzi dan Ibnu Majah ). Juga adalah dilarang ketika I’tikaf hanya membisu tidak bercakap kerana mengira kononnya itulah diantara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah menegor seorang sahabat bernama Abu Israil berbuat demikian.

5. I’tikaf dalam masjid, lebih-lebih lagi dalam 10 akhir Ramadhan sangat banyak fadhilat atau kelebihannya, antaranya : Besar kemungkinan kita akan mendapat Lailat Al-Qadr. Menurut Rasulullah SAW Lailat Al-Qadr hanya akan diturunkan Allah SWT dalam 10 akhir Ramadhan setiap tahun, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjilnya. Sila lihat Nota 039 – Malam Lailat Al-Qadr. Rasulullah SAW juga pernah menyatakan kelebihan I’tikaf dalam sabdanya : Barangsiapa yang I’tikaf satu hari semata-mata mengharap keredhaan Allah, niscaya Allah akan menjadikan jarak diantaranya dengan api neraka sejauh tiga parit dan tiap-tiap parit jaraknya adalah lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. ( Hadis Riwayat Imam Al-Tabaraniy dengan sanadnya Hasan ). Bagi kaum wanita yang tidak mampu beri’tikaf dimasjid jangan bersedih, apakah kerana keuzuran seperti dalam haidh atau nifas atau atas sebab-sebab yang lain seperti tidak dapat meninggalkan rumah kerana memiliki anak-anak yang masih kecil, diharap jangan putus asa. Anda masih ada peluang untuk mendapat Lailat Al-Qadr. Lakukan apapun jenis ibadat yang sesuai di dalam rumah masing-masing. Semoga anda juga layak mendapat kelebihan Lailat Al-Qadr. Perbanyak doa ! Sebab salah satu makna Lalat Al-Qadr adalah malam penentuan taqdir untuk setahun mendatang. Perbanyakanlah
doa  :-                               ( اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ عِبَادِكَ المُوَفَّقِيْنَ بِلَيْلَةِ القَدْرِ ، اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا ) : Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang Engkau restui mendapat Lailat Al-Qadr ; Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka kepada kemaafan, oleh itu maafkanlah segala dosa kami. Amin Ya Rabbal ‘Alamin..Sama2 kita beramal InsyaAllah ;)


Kredit pada :- Page Sham Kamikaze

Monday, August 22, 2011

10 petanda dia jodoh kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWTmengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya..

Kredit pada :-klik sini

~*•.LELAKI DAN KEPOMPONG KUPU-KUPU.•*~

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan ...