Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan..


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibrail  ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq ..
Selamat Beramal..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

~*•.LELAKI DAN KEPOMPONG KUPU-KUPU.•*~

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan ...