Wednesday, August 10, 2011

Burj Khalifa - 1 Bangunan Tetapi 3 Masa Berbuka Yang Berbeza

Kite KLCC bru  452 m dan ade 88 tingkat..Burj Khalifa 828 meter dan ade 160 tingkat
Ulama mengeluarkan fatwa terhadap para penghuni di bangunan paling tinggi dunia, Burj Khalifa hari ini untuk menangguhkan waktu berbuka mereka mengikut tingkat ke berapa mereka tinggal.

Bagi yang tinggal di tingkat yang lebih dari ke-150, waktu berbuka mereka adalah lewat sebanyak 3 minit daripada biasa. Bagi yang tinggal antara tingkal 80 ke 150, waktu berbuka mereka adalah lebih lewat sebanyak 2 minit daripada biasa.

Ini berikutan mereka yang tinggal pada tingkat yang lebih tinggi masih dapat melihat matahari terbenam lebih lama berbanding daripada mereka yang berada di bawah.

Begitu jugalah ketika waktu bersahur, mereka yang berada di tingkat yang paling tinggi akan menyaksikan dulu matahari naik berbanding mereka yang berada di bawah. Baca laporan asalnya di bawah:


Tak terfikir pulak selama ini tentang masalah tersebut. Memang betul secara logiknya mereka yang berada di atas sudah tentu bakal menyaksikan matahari terbenam lebih lewat daripada mereka yang berada di bawah. Banyak impliksinya terhadap fatwa terbaru di atas.

Zaman sudah berubah, dulu paling tinggi manusia hanya tinggal atas pokok. Kini manusia berlumba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi mencakar langit dan menghebohkannya di seluruh dunia. Negara kita juga tidak ketinggalan mengikut perangai sebegini apabila membina KLCC sebagai menara berkembar paling tinggi suatu ketika dulu. Begitu juga dengan projek bangunan warisan yang mahu dibina PM kita sekarang.

Bagaimana dengan mereka yang berada di tingkat KLCC pada tingkat yang paling atas, adakah ada perbezaan waktu antara waktu berbuka mereka dengan orang yang berada di bawah dan bagaimana menentukannya.

Begitu juga bagi mereka yang sedang berada udara di dalam kapal terbang dalam perjalanan. Sudah tentu mereka berada pada kedudukan paling tinggi jauh melebih Burj Khalifa dan sudah tentu jarak berbuka antara mereka dengan orang di darat jauh lebih lama.

Selain daripada waktu berbuka atau bersahur, kita juga terpaksa melihat semua waktu bersolat 5 waktu kita yang mana ianya akan berbeza-beza antara yang berada di tempat tinggi dengan mereka yang berada di tempat yang rendah.




No comments:

Post a Comment

~*•.LELAKI DAN KEPOMPONG KUPU-KUPU.•*~

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan ...