Thursday, April 7, 2011

~Luahan Hati~

Bukan nak tacink2...bukan nak jiwang2...cume tdetik kat hati, lirik ni byak mesej nak dsampikan..pepatah pun ade menyebut "brapakah harga ketawa yg diakhiri dgn ratap & tangis? Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yg diakhiri dgn senyum simpul"...xusaha xdpt..da usaha tp tlepas..xde rezki la namenye..InsyAllah de yg lebih baik menanti..so layan jela ea..hikhik3........


Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Senyumnya hatiku melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....






Tuesday, April 5, 2011

Assalamualaikum pembuka bicara..kejap je dah 1 Jamadilawal 1432 atau bersamaan 5 April 2011..Tggl 2 bulan je lg mase tuk aku presentation projek..pasni setel terus..ley bg komitmen 100% kat keje lak..xde pening2 lg memikir..Insyallah aku akan cube wat yg terbaik tuk diri aku n bhagiakan org disekeliling aku terutamanya My Family..
    tgh upgrade, 50% siap hehe2..champion ni..               jauh bjalan da 3x mng"
Aku terjumpe satu cite n mgkin ley kite kongsi same2..aku pun xde la sempurna segalanya..tapi bile pk blik cite ni,renung balik dalam2..kite ley pk segale yg kita impikan Isyallah kita akan dapt ..yg membezekannya cume cepat n lmbt je..aku slalu rase bnde2 camni..Alhamdulillah syukur sgt2..walupun xsume yg kite ingin dapt, tp tetap gak hepi n bahagia..syukur sgt2..mgkin rezki len kali..mane kita tau kan..Allah SWT lebih mengatahui sglanye..same2 muhasabah n merenung diri kita..

Antara kereta sport dengan Al-Quran
Seorang pemuda yang berada di akhir semester mengidamkan sebuah kereta sport merah..lantas si anak mmberitahu hasratnya untuk memliki kereta itu kepada ayahnya seorang ahli perniagan yg terkenal..si ayah hanya tersenyum...beberapa bulan,kputusan akhir semester diumumkn..si ank berjaya mendapat keputusan yg cemerlang n ykin kereta sport akan dimlikinya.....keesokn mlm,si ayh mnggil si ank ke blik bacaan..si ank pula langkah dgn pnuh keyakinan...di tangan si ayh memegang kotak yg dlmnya diisi Al-Quran yg dibaluti dgn kemas....kmudian kotak itu diberikn kpada si anak...si ank memrahi si ayah mnyatakn bahawa ayahnya mnipunya...Al-Quran itu dihmpaskn ke atas meja...si anak lantas pergi meninggalkn si ayah keluar bilik bcaan dengan rasa kekecewaan dan marah...

Beberapa thun kmudiannya,si anak sudah berkahwin dan memliki isteri yg cntik dan anak2 yg sehat...dgn ijazah yg dimlikinya si ank membuka perniagaan dan hidup snang....pagi itu telefon blackbery mlikinya berdering....diberithu bahwa ayahnya telah mninggal dan di minta pulang oleh peguam ayahnya....10 thun bergelar ayah si ank x lg pulang mnjenguk ayahnya...setibanya di rumah ayhnya , si anak diberithu ayahnya telah meniggalkn smua harta n aset mlik ayahnya kpadanya.....si ank kmudiannya msok ke bilik bacaan yg meninggalkan 1001 nostagia n kali trakhir bertemu ayahnya....dilhatnya sebuah Al-Quran yg dihmpasnya 10thun dahulu....dibukanya al-Quran itu di beleknya...di akhir helaian Al-Quran itu trdpat smpul dan resit pembelian kereta sport pada tarikh akhir examnya....si ank mnangis dengan pnuh rasa brsalah......dn terdapat surat yg mnyatakn "HADIAH TERISTIMEWA KPDA PUTERA KSYNGANKU"





Sunday, April 3, 2011

Assalamualaikum..morning..arini da kene grak blik Semban..mule la pale pening pk keje yg btmbun tu blik..Tp xpe la..komitmen punye pasal..gagah kan la jgk hehe2..Rabu blik lik KL..ape de hal kan..bukan jauh pun..bosan2 pagi Ahad ni ley ktawe lak jmpe cite pemuda kono aka2 an ngan pakcik gembala kmbing hehe2..layannn......
Pemuda: Baguslah ternakan biri2 pakcik. Boleh tanye beberape soalan x??
Pak Cik : Boleh aje.....
Pemuda: Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari??
Pak Cik : Yang mana??yang putih atau yang hitam??
Pemuda: Yang putih...
Pak Cik : Kalau yang putih berjalan 6 kilometer setiap hari..
Pemuda: Yang hitam??
Pak Cik : Yang hitam pun same...
Pemuda: Berapa banyak plak rumput biri2 ni makan setiap hari??
Pak Cik : Yang mana??yang putih atau yang hitam??
Pemuda: Yang putih??
Pak Cik : Owh..yg putih makan lebih kurang 4 kilo rumput stiap hari..
Pemuda: Dan yang hitam??
Pak Cik : Yang hitam pun same...
Pemuda: Berapa banyak bulu yg mereka hasilkan setiap tahun??
Pak Cik : Yang mana??yang putih atau yang hitam??
Pemuda: Yang putih??
Pak Cik : Aaaa..yg putih menghasilkan sekitar 6 kilo bulu setiap tahun..
Pemuda: Dan yang hitam??
Pak Cik : Yang hitam pun same...
Pemuda: Kenape pakcik membezekan biri-biri pakcik yang putih dgn yg hitam?? padahal jwapannye sume same je?????
Pak Cik : Mestilah.....sebab biri-biri yg putih tu pakcik yg punye...
Pemuda: Oooo...gitu rupenye..abis tu yg itam tu sape yg punye??????
Pak Cik : Yang hitam pun same...

kahakahakahakahakah.....cau cincau..Insyallah kmbali bersua...


Saturday, April 2, 2011

April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.
Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya
.

Ape yg Laki Perlu Tahu

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. 

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Luka Seribu Rindu

Api yang menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah yang setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempat ku rasa manisnya
Pahit berganti
Terpaksa ku telan jua... 


Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik menjadi derita
Cinta tak sudahan
Mesranya diri mu disamping sidia
Menambah luka dia hati ku
Senyuman mu disamping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di jiwa ku
Hati ku sakit tak tertahan lagi 


Kasih sudahnya begini
Kisah cinta yang sejati
Ke manakah hala
Yang akan ku bawa
Pahit luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setia ku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi.... 


Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

 Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Friday, April 1, 2011

Untuk lelaki n wanita bujang(mesti bace hehe2)

hai kengkawan semua yang masih belum kawin tu ,, sila baca untuk perhatian .... baca lah untuk HIBURAN ... hehehe...camni...HANTARAN Zaman sekarang ni kan hantaran makin naik harga. Maklumlah kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik naik lagi harga bakal2 bini.Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah sengkek lah tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah hai...macam-macam story lagi. Biasanyayang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje ni semua kerja orang pompan dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yangletak harga lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum $6000. Hantaran $5000, $4000 masih ada jugak tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.
Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah....korang bacalah :-  Sebab
1. Anak pompuan sorang
2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompuan paling jembu dalam family
4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Kakak belum kahwin jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
7. Bapak pompuan towkay kayu balak mak pulak bekas ekseketip
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je)
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?"
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenggek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"
Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je.Members tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlissemua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita adastaff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."
7. "Kita worang Yindia mari. Itu yantaran kita kasi jugak. Tapi lupya anak musti tinggal sini jugak. Kita pya sarkek tamoh kasi dudur sanawokay?"
Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya;jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpanAmerican dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Dinerske; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia bajutidur. Murah nah?"
Haa...tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untukpasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam halni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutan lah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpulduit. Bab yang atas ni pun untuk aku jugak. Pikiran seyy kalau kena lecture dengan mak aku pasal ni. Entahlah....dunia...dunia...

Bce skadar hiburan ea..lau de yg terase mntak maaf...tp tu la hakikatnya...so sng cte.xde wit xpyah kawen...dengar lagu apo kono ea jang..msti anda    pham hehe2..

~*•.LELAKI DAN KEPOMPONG KUPU-KUPU.•*~

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan ...